Adelya 3 Tahun

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Adelya 2 Tahun

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Adelya 1 Tahun

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, November 1, 2013

Main Tanah Liat


Hari ni pegi beli tanah liat.



Inilah hasilnya done by Kak Ngah.



Ni pulak hasil dari kak long.




Monday, October 7, 2013

Happy 4th BESTday to you!!!

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah... hari ni genap umur Adelya aka Kak Ngah yg ke-4!!

Semoga K.Ngah menjadi anak yang solehah... menjadi seorang adik kepada K. Long & kakak kepada Adik yang baik... yang akan sentiasa ada di kala susah dan senang ya. Sebagai anak yang tengah dan bersesuaian dengan nama Adelya (keadilan), semoga K.Ngah sentiasa adil menjalani kehidupan dewasa nanti.

Semoga K.Ngah sentiasa sihat, ceria, pandai dan menjadi yang terbaik di sisi Allah, mama, papa, TokMa dan lain-lain family's members.

We love u soooo much till Jannah.










Monday, August 5, 2013

Teman Adik Buat Fisio

@ PPUKM

Teman Kakak Cabut Gigi

 Asal datang klinik ni, mesti nak pose kat sini.





Gembira nampak ye.. tunggu la turn awak nanti.. cemana agaknya ye

Feberet Baju di Waktu Itu



Dalam April 2013... mesti nak pakai hari-hari baju ni.. sibbek ada 2 psg... 
1 kakak punya pon dia belasah gak huhu

Dalam Kereta

Dalam kereta.. masih berebut nak duduk depan ramai-ramai huhu

p/s : Gambar ni dirakamkan semasa Adik Rania dalam peyot mama lagi

First Time Potong Rambut

Tapi mama lupa nak amek gambar sebelum...



Papa je tukang potong. Bila dah potong.. lambat lak nak panjang lagi nampaknya


Ni rambut sebelum potong.. seorang peminat tegar Ultraman

Hari Ni Turn Adelya Pulak Update

Assalamualaikum...

Hari ni mama update pasal K.Ngah pulak ye...

Tepek gambar jer boleh kan?


Sebelum pegi Cameron, try dulu topi & sarung tangan


 Ni pulak kat JJ Ipoh... siap berapron konon2 jadi tukang masak lettew hehe


Hepi jer muka dapat main eks


Gambar k.ngah tak banyak sebab asik berkepit ngan abi jer

Thursday, April 18, 2013

Kesian Dia







Mulut kering sebab demam pon lom ok lagi dah bertambah lagi satu benda lak. Terjatuh kenapa ntah semalam. Masa tu mama ngan k.long kat atas. Dah berdarah mulut dia. Tapi still leh main ipad tu. Hari ni tatao la macam mana... mesti susah nak makan. Demam hari tu 3-4 hari tak jamah makanan, susu pon x luak minum. Ni baru nak makan balik dah berdarah mulut... alahai dia...

Semoga mulut K.Ngah cepat baik ye sayang.

Oh lama betul tak update blog anak-anak (anak-anak, blog mama seniri pon terabai sejak sebln lepas ya, harap maklum) hehe.

Last update masa tu Adelya still dipanggil Adik. Now dah dipanggil K.Ngah. Perasan tak??? Haaa sebab Adelya dah ada adik dah.

Nak biasakan dia ngan nama K.Ngah tu pon amek masa sebulan gak. Ekceli 2 bulan tapi sebulan tu tak kira sebab adik dia still dalam NICU.. dia x dapat tengok adik dia. So bila dah sebulan adik dia kat rumah, barulah dia seniri yang bahasakan diri dia Kak Ngah...

Siap orang lain tersasul panggil dia Adik, dia lak ingatkan yang dia K.Ngah hehe.. eh tapi K.Long.. oh dulu K.Long kan kitorang panggil dia Kakak. Tapi sejak Adelya pon tukar nama ke K.Ngah, dia pon nak dipanggil Kak Long lak. Tapi bila dia main-main ngan Adelya, dia still panggil Adelya adik.. dan adik kecik dia panggil baby.. hehe. Dah tak mau panggil K.Ngah lak. Suka hati kakak la janji kakak jaga adik-adik kakak dengan baik ;p